User manual
24
Setiap dua bulan: kepala pencukur
1 Matikan pencukur.
2 Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2).
3 Tanggalkan rangka penahan dengan menolak
bahagian tepi spring tengah ke arah masing-
masing (1) dan angkat rangka penahan dari unit
pencukur (2).
4 Luncur keluarkan kepala pencukur dari rangka
penahan dan bersihkannya satu per satu.
Pegang bahagian bawah kepala pencukur untuk
mengelakkan pemotong daripada terjatuh.
Jangan campur adukkan pemotong dan adang yang
berlainan set.
Ini penting kerana tiap pemotong diasah dengan
adang sepadan untuk mendapatkan pencapaian
optimum. Prestasi pencukuran optimum mungkin
mengambil masa beberapa minggu untuk dipulihkan
sekiranya anda mencampur-adukkan pemotong dan
adang tersebut dengan tidak sengaja.
5 Bersihkan pemotong dengan tepi berus yang
berbulu pendek.
Berus ke arah anak panah dengan berhati-hati.
BAHASA MELAYU24