User manual

27
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Am
Bahaya
- Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, mahupun
membilasnya di bawah air paip. Hanya gunakan kain lembap untuk membersihkan unit motor.
Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian lain telah rosak.
- Jangan sekali-kali gunakan balang pengisar atau bikar pengisar untuk menghidupkan dan
mematikan perkakas.
- Jangan biarkan perkakas digunakan tanpa pengawasan.
- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Elakkan daripada menyentuh mata pisau, terutamanya apabila peralatan diplag masuk. Mata
pisaunya amat tajam.
- Jika pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat
pisau.
- Jangan sekali-kali meletakkan unit mata pisau pada unit motor jika balang pengisar atau bikar
pengisar (jenis-jenis tertentu sahaja) tidak atau tidak dipasang dengan betul padanya.
Awas
- Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda memasang, membuka atau membuat pelarasan
terhadap mana-mana bahagian.
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
- Tahap hingar: Lc = 86 dB(A)
Pengisar
Amaran
- Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam balang semasa perkakas sedang
berjalan.
- Pastikan mata pisau dipasang dengan kejap pada balang pengisar sebelum anda memasang balang
pengisar pada unit motor.
Awas
- Jangan sekali-kali mengisi balang pengisar dengan bahan yang lebih panas dari 80ºC.
BAHASA MELAYU