User manual

24
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Penolak
B Tiub suapan
C Tudung
D Penapis
E Pengumpul jus
F Muncung boleh cerai
G Pengapit
H Aci pemacu
I Unit motor
J Petak simpanan kord
K Tombol kawalan
L Bekas pulpa
M Jag jus dengan pemisah buih boleh cerai
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, mahupun
membilaskannya di bawah air paip. Gunakan hanya kain lembap untuk membersihkan unit motor.
Amaran:
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord utama atau komponen lain sudah rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
- Periksa penuras setiap kali sebelum digunakan. Jika anda mengesan apa-apa keretakan atau
kerosakan, jangan gunakan perkakas. Hubungi pusat servis Philips yang terdekat atau bawa
perkakas ke wakil pengedar anda.
- Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau dengan sesuatu objek
semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.
- Jangan sentuh pisau kecil di dasar penapis. Pisaunya sangat tajam.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari pengilang lain atau yang
tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang
sedemikian, jaminan anda akan dibatalkan.
- Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
BAHASA MELAYU