User Guide
BAHASA MELAYU 25
Serbuk brokoli
4 epal
350g brokoli, dibuang batangnya.
Red temptation
4 lobak merah
2 tomato
2 lada putih, dibuang empulur dan bijinya.
Jus daripada 1/4 biji lemon
Jus nanas, pic & pir
1/2 biji nanas, dikupas dan dibelah dua
2 biji pic kecil, dibelah dua dan dibuang biji
2 pear masak
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang
mungkin anda hadapi dengan pemerah jus anda.
Sila baca seksyen-seksyen yang berkenaan untuk
mendapatkan butir-butir lanjut. Jika anda tidak dapat
menyelesaikan masalah anda, hubungi Pusat Layanan
Pelanggan Philips di negara anda (nombor telefonnya
terdapat di dalam risalah jaminan antarabangsa).
Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda,
sila hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau
hubungi Pusat Servis Philips yang terdekat.
Masalah Penyelesaian
Perkakas tidak
berjalan
Perkakas dilengkapi sistem keselamatan. Ia tidak
akan berfungsi jika bahagian-bahagiannya tidak
dipasang dengan betul. Periksa sama ada semua
bahagian dipasang dengan cara yang betul, tetapi
matikan perkakas sebelum anda berbuat demikian.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Masalah Penyelesaian
Unit motor
mengeluarkan bau
busuk sewaktu
perkakas digunakan
pada beberapa kali
pertama.
Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Jika perkakas
terus mengeluarkan bau busuk selepas beberapa
kali, perika jumlah yang sedang anda proses dan
masa pemprosesannya.
Perkakas
mengeluarkan
bunyi bising, bau
busuk, terlalu panas
apabila disentuh,
membebaskan
asap, dsb.
Matikan perkakas dan cabutkan plagnya. Hubungi
pusat servis Philips yang terdekat atau wakil
pengedar anda untuk mendapatkan bantuan.
Turas tersumbat. Matikan perkakas, bersihkan tiub suapan dan turas,
dan proses kuantiti yang lebih kecil.
Turas menyentuh
tiub suapan atau
bergetar dengan
kuat semasa
pemprosesan.
Matikan perkakas dan cabutkan plagnya. Periksa
sama ada turas diletakkan dengan betul pada
pengumpul jus. Rusuk di dasar turas sepatutnya
muat dengan baik pada aci pemacu. Periksa sama
ada turas rosak. Retak, retak seni, cakera parut
yang longgar atau apa-apa ketidaksempurnaan
yang lain boleh menyebabkan pincang tugas.
Jika anda mengesan keretakan di dalam
penapisnya atau penapisnya rosak dengan apa
cara pun, jangan gunakan perkakas lagi dan
hubungi pusat servis Philips yang terdekat.
Jus tidk mengalir
ke dalam jag, tetapi
terpercik pada
permukaan tempat
perkakas berada.
Pastikan muncung boleh cerai telah dipasang
dengan betul pada pengumpul jus.