User Guide
BAHASA MELAYU 21
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Penolak
B Tiub suapan
C Tudung
D Penapis
E Pengumpul jus
F Muncung boleh cerai
G Pengapit
H Aci pemacu
I Unit motor
J Penyimpanan kord
K Tombol kawalan
L Bekas pulpa
M Jag jus dengan pemisah buih boleh cerai
Penting
Baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpan arahan ini untuk rujukan pada
masa depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
dasar perkakas sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan
perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika kord utama, plag
atau komponen lain sudah rosak.
Jika sesalur kuasa rosak, ia mesti digantikan
oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di
rumah sahaja.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak
Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi
tanpa diawasi.
,
,
,
,
,
,
Jangan sekali-kali gunakan aksesori atau bahagian
yang dibuat oleh pengeluar lain, ataupun yang
tidak disarankan khususnya oleh Philips. Jaminan
anda akan menjadi tidak sah sekiranya anda
menggunakan aksesori atau bahagian sedemikian.
Jika anda mengesan keretakan di dalam
penapisnya atau penapisnya rosak dengan
apa cara pun, jangan gunakan perkakas lagi
dan hubungi pusat servis Philips yang paling
berdekatan.
Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul
sebelum anda menghidupkan perkakas.
Gunakan perkakas hanya apabila kedua-dua
pengapit terkunci.
Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan
dengan jari anda atau dengan sesuatu objek
semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan
penolaknya untuk tujuan ini.
Bukakan kunci pengapit hanya selepas anda
mematikan perkakas dan turas berhenti berputar.
Jangan tanggalkan bekas pulpa apabila perkakas
sedang berjalan.
Jangan sentuh bilah pemotong kecil di dasar
turas.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas
digunakan.
Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke
dalam air atau apa-apa cecair lain. Juga jangan
bilaskannya.
Aras hingar: Lc = 86 dB [A]
Medan elektromagnet
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,
,