User manual
Membersihkan unit pencukur di bawah paip
1 Matikan pencukur dan putuskan sambungannya
daripada sesalur kuasa.
2 Tekan butang pelepas untuk membuka unit
pencukur.
3 Bilas unit pencukur dan ruang rambut dengan
air paip yang panas untuk beberapa waktu.
Pastikan anda bersihkan bahagian dalam dan juga
bahagian luar unit pencukur.
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
4 Tutup unit pencukur dan keluarkan air lebihan
dengan menggoncangkannya.
Jangan keringkan unit pencukur dan ruang rambut
dengan tuala atau tisu, kerana ini boleh merosakkan
kepala pencukur dan spindel pengganding.
5 Buka unit pencukur sekali lagi dan biarkannya
terbuka untuk mengeringkan alat pencukur
secukupnya.
Membersihkan unit pencukur dengan berus
yang disediakan
1 Matikan pencukur dan putuskan sambungannya
daripada sesalur kuasa.
-
BAHASA MELAYU 67