User manual

4 Bersihkan alat pencukur (lihat bab ‘Pembersihan
dan penyenggeraan’).
Perapian
Anda boleh menggunakan perapi untuk
merapikan jambang dan misai anda.
1 Tekan butang hidup/mati sekali untuk
menghidupkan pencukur.
, Simbol kuasa hidup di dalam butang hidup/mati
menyala.
2 Tolakkan gelangsar perapi ke bawah untuk
membuka perapi.
, Sekarang anda boleh mula merapi.
3 Selepas merapi, tutup perapi (‘klik’) dan
matikan pencukur.
Pembersihan dan penyenggaraan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif
seperti petrol atau aseton untuk membersihkan
pencukur dan pengecas.
- Bersihkan pencukur setiap kali selepas bercukur
untuk prestasi pencukuran yang optimal.
- Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
- Anda boleh membersihkan pengecas dan bahagian
luar pencukur dengan kain yang lembap.
Nota: Air mungkin mengalir dari soket di bawah
perkakas apabila anda membilasnya. Ini adalah biasa
dan tidak berbahaya.
BAHASA MELAYU66