User manual

Alam sekitar
- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah
pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan
melakukan sedemikian anda akan membantu
memelihara alam sekitar.
- Semua jenis kecuali HQ8200. Bateri pencukur
boleh dicas semula yang terbina dalam
mengandungi bahan yang mungkin mencemari
alam sekitar. Sentiasa keluarkan bateri sebelum
membuang pencukur atau bawanya ke pusat
pungutan rasmi. Lupuskan bateri di pusat pungutan
rasmi untuk bateri. Jika anda menghadapi kesulitan
mengeluarkan bateri, anda juga boleh membawa
perkakas tersebut ke pusat servis Philips.
Kakitangan di pusat ini akan mengeluarkan bateri
untuk anda dan akan melupuskannya dengan cara
yang selamat alam sekitar.
Mengluarkan bateri pencukur boleh cas
semula (semua jenis kecuali HQ8200)
Hanya keluarkan bateri cas semula apabila anda
membuang pencukur. Pastikan bateri cas semula
tersebut benar-benar kosong semasa anda
mengeluarkannya.
1 Putuskan sambungan pencukur daripada sesalur
kuasa.
2 Biarkan pencukur berjalan sehingga ia berhenti
dan longgarkan kedua-dua skru di bahagian
belakang pencukur.
BAHASA MELAYU 61