User manual
Pembersihan dan penyenggaraan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif
seperti petrol atau aseton untuk membersihkan
perkakas.
- Bersihkan pencukur setiap kali selepas bercukur
untuk prestasi pencukuran yang optimal.
- Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
- Anda boleh membersihkan dirian
mandi (HQ8251/HQ8250 sahaja) dan bahagian
luar pencukur dengan kain yang lembap.
Nota: Air mungkin mengalir dari soket di bawah
perkakas apabila anda membilasnya. Ini adalah biasa
dan tidak berbahaya.
Membersihkan unit pencukur di bawah paip
1 Matikan pencukur dan putuskan sambungannya
daripada sesalur kuasa.
2 Tekan butang pelepas untuk membuka unit
pencukur.
3 Bilas unit pencukur dan ruang rambut dengan
air paip yang panas untuk beberapa waktu.
BAHASA MELAYU56