User manual

Penunjuk ‘Bateri rendah’ (HQ8251/HQ8250
sahaja)
Nota: Jika bateri boleh cas menjadi lemah semasa
mencukur, anda boleh menyambungkan pencukur ke
sesalur kuasa untuk menyelesaikan pencukuran.
- Apabila bateri telah hampir kosong (apabila
terdapat hanya 5 minit atau kurang masa cukuran
yang tinggal), lampu LOW menyala.
- Apabila anda mematikan pencukur, lampu LOW
berkelip selama beberapa saat.
Mengecas (semua jenis kecuali HQ8200)
Nota: HQ8200 tidak boleh dicas semula.
HQ8251/HQ8250: Cas pencukur apabila lampu
LOW menyala.
HQ8241/HQ8240: Cas pencukur apabila motor
berhenti atau mula berjalan lebih perlahan.
Ia mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk
mengecas bateri sepenuhnya.
Apabila anda mengecas pencukur buat kali
pertama atau setelah lama tidak digunakan, biarkan
pencukur dicas selama 12 jam.
Petua: Untuk mengoptimumkan kapasiti bateri, caskan
pencukur sepenuhnya dan kemudian gunanya dengan
biasa sehingga bateri kosong sepenuhnya. Ulangi
proses ini tiga kali berturut-turut. Jika anda
mengoptimumkan kapasiti bateri dengan cara ini, anda
juga boleh mengecas pencukur di antara cukuran,
walaupun bateri belum benar-benar kosong lagi.
Pencukur yang dicaskan sepenuhnya memberi
sehingga 17 pencukuran tanpa kord.
Jika anda mempunyai janggut yang tebal, pencukur
mungkin memberi kurang daripada 17 cukuran
tanpa kord. Masa pencukuran juga mungkin berbeza
BAHASA MELAYU 53