User manual

37

Tahniah ke atas pembelian anda, dan selamat datang
ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan
penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Hanya gunakan plag kuasa yang dibekalkan.
- Plag kuasa mengubah 100-240 volt kepada voltan
rendah dan selamat tidak melebihi 24 volt.
- Plag kuasa mengandungi sebuah pengubah. Jangan
potong plag kuasa untuk menggantikannya dengan
plag yang lain kerana ini akan menimbulkan situasi
berbahaya.
- Jangan gunakan plag kuasa yang rosak.
- Jika plag kuasa rosak, sentiasa gantikan dengan jenis
tulen bagi mengelakkan bahaya.
- Pastikan plag kuasa tidak kena basah.
- Cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C
hingga 35°C.
- Sentiasa cabut plag daripada pencukur sebelum
membersihkannya di bawah pili air.
