User manual

34
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sistem Close Cut memastikan pencukuran yang tertutup dan mudah setiap
hari. Untuk hasil terbaik, gerakkan kepala pencukur pada kulit anda dalam
pergerakan lurus dan bulatan.
Apa dalam kotak ini
- Pencukur
- Tukup pelindung
- Berus pembersih
- Kord sesalur kuasa dengan plag
- Manual pengguna
- Risalah jaminan tempatan
- Risalah jaminan sedunia
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Tukup pelindung
2 Unit pencukur
3 Gelangsar hidupkan/matikan pencukur
4 Kord sesalur kuasa dengan plag
5 Plag perkakas
6 Perapi ( HQ6946,HQ6940 sahaja)
7 Gelangsar perapi (HQ6946, HQ6940 sahaja)
8 Berus pembersih
Menggunakan perkakas
Pencukuran
1 Pasangkan plag perkakas pada alat pencukur.
2 Masukkan plag utama ke dalam soket.
3 Tolak gelangsar hidup/mati ke atas untuk menghidupkan alat
pencukur.
4 Gerakkan kepala pencukur di atas permukaan kulit anda. Lakukan
kedua-dua gerakan lurus dan bulat.
Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika muka anda kering.
Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu sebelum biasa dengan
sistem pencukuran Philips.
5 Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk mematikan alat pencukur.
BAHASA MELAYU