User Manual

4 Luncurkan kartrij dengan pam ke dalam alat
pencukur. Ia hanya akan dapat dimuatkan jika
bahagian putih pam menghadap ke atas. Tutup
penutupnya.
Menggunakan perkakas
Pencukuran
1 Tekan butang hidup/mati sekali untuk
menghidupkan pencukur.
2 Tekan butang pam berwarna kuning untuk
memakai gel/losen cukur NIVEA UNTUK
LELAKI pada kulit anda. Gerakkan kepala-
kepala pencukur secara lurus dan membulat di
atas permukaan kulit.
3 Semasa bercukur, tekan butang pam secara
kerap untuk menggunakan lebih banyak gel/
losen cukur NIVEA UNTUK LELAKI supaya
pencukur boleh meluncur rata di muka anda.
Apabila anda kehabisan gel/losen cukur, anda
boleh juga mengguna pencukur tanpanya pada
muka yang kering.
Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu
untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.
4 Tekan butang hidup/mati sekali untuk
mematikan pencukur.
5 Bersihkan alat pencukur (lihat bab ‘Pembersihan
dan penyenggeraan’).
Bilas pencukur selepas setiap cukuran. Keluarkan
kartrij jika anda tidak akan menggunakan perkakas
selama lebih daripada seminggu.
,
,
BAHASA MELAYU 55