User Manual
Perkakas ini kalis air dan boleh dibersih di bawah
air paip.
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
Perkakas ini mematuhi peraturan keselamatan
antarabangsa IEC yang diluluskan dan boleh
digunakan dengan selamat di tempat mandi atau
air pancur hujan.
Untuk hasil pencukuran yang terbaik, gel/losen
cukur hendaklah dipam dengan kerap.
Periksa sekiranya gel dan losen yang dibekalkan
bersama perkakas mengandungi bahan-bahan
(lihat belakang kartrij) yang anda alergi sebelum
anda mula menggunakan perkakas. Jangan gunakan
gel dan/atau losen tersebut sekiranya anda alergi
kepada satu atau lebih bahan tersebut.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati
pada masa ini.
Mengecas
Pengecasan mengambil masa kira-kira 8 jam.
Jangan biarkan pencukur di dalam penegak cas
dengan plag yang terpasang selama lebih daripada
24 jam.
-
-
-
-
BAHASA MELAYU 51