User Manual
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan
penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Hanya gunakan plag kuasa dan penegak cas yang
dibekalkan.
Plag kuasa mengubah 100-240 volt kepada voltan
rendah dan selamat tidak melebihi 24 volt.
Plag kuasa mengandungi pengubah. Jangan potong
plag kuasa untuk menggantikannya dengan plag
yang lain kerana ini akan menimbulkan situasi
berbahaya.
Jangan gunakan plag kuasa atau penegak cas yang
rosak.
Jika plag kuasa atau penegak pengecas rosak,
sentiasa gantikan dengan jenis tulen bagi
mengelakkan bahaya.
Cas, simpan dan gunakan perkakas pada suhu di
antara 5°C dan 35°C.
Pastikan plag kuasa tidak kena basah.
Jangan rendam penegak cas di dalam air atau
membilasnya di bawah pili air.
Jangan biarkan pencukur di dalam penegak cas
dengan plag yang terpasang selama lebih daripada
24 jam.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BAHASA MELAYU50