operation manual

Bahasa Melayu
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk
memanfaatkan sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftar produk anda di www.philips.com/welcome.
1 Penting
Baca dan teliti manual pengguna ini sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa depan.
 AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini dekat dengan air.
 Apabila anda menggunakan perkakas ini dalam bilik mandi, cabut
plagnya setelah digunakan kerana kehampirannya dengan air juga
adalah risiko, walaupun setelah perkakas dimatikan.
 AMARAN: Jangan gunakan perkakas ini berhampiran
dengan tab mandi, pancur air, sinki atau bekas lain yang
mengandungi air.
 Jangan masukkan objek logam ke dalam gril udara untuk mengelakkan
kejutan elektrik.
 Jangan halang gril udara.
 Sebelum anda menyambungkan perkakas ini, pastikan voltan yang
dinyatakan pada perkakas selaras dengan voltan kuasa tempatan anda.
 Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain selain daripada
yang diterangkan dalam buku panduan ini.
 Hanya gunakan untuk mengering dan menggayakan rambut di kepala.
Jangan gunakan perkakas pada rambut palsu.
 Apabila perkakas telah disambungkan kepada kuasa, jangan sekali-kali
dibiarkan tanpa diawasi.
 Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
 Jangan sekali-kali gunakan sebarang perkakas atau bahagian dari mana-
mana pengilang atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh Philips.
Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang sedemikian,
jaminan anda menjadi tidak sah.
 Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia dimatikan secara automatik.
Cabut plag perkakas dan biarkan sejuk selama beberapa minit.