operation manual
3 Ciptakan selakan dan keriting.
Untuk menciptakan selakan dan keriting: ( )
1 Luruskan satu bahagian rambut dan putar pelurus setengah bulatan
arah ke dalam (atau ke luar) apabila ia sampai ke hujung rambut.
2 Tahan pelurus dalam kedudukan itu selama 2 hingga 3 saat, dan
kemudian lepaskan.
Untuk mencipta keriting: (
)
1 Ambil sebahagian rambut (maksimum 5sm) dan tempatkan di antara
plat pelurus agak hampir ke kulit kepala.
2 Putar pelurus 180 darjah ke dalam sehingga seksyen tersebut
membentuk satu bentuk-U.
3 Luncurkan pelurus dengan perlahan arah ke bawah dalam satu
gerakan sahaja hingga ke hujung, dan kemudian putar pelurus arah ke
dalam.
4 Tahan pelurus dalam kedudukan itu selama 2 hingga 3 saat, dan
kemudian lepaskan.
5 Selepas 20 saat, ulangi langkah 1-4 sehingga anda memperoleh gaya
yang dikehendaki.
Petua: Jika perkakas mengeluarkan sedikit asap ketika digunakan untuk
mengeriting, ini adalah biasa.
Selepas digunakan:
1 Matikan perkakas dan cabut plagnya.
2 Letakkannya di atas permukaan yang tahan haba sehingga ia
menyejuk.
3 Bersihkan perkakas dan plat pelurus dengan kain lembap.
4 Kunci plat pelurus (
).
5 Simpan di tempat yang selamat dan kering, bebas daripada habuk.
Anda boleh juga menggantungkannya dengan gelung gantung (
).