User manual
20
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Pelurus Sonik SalonStraight Philips yang baru memberi anda hasil yang
hebat dalam masa yang singkat. Suhu pendandanan profesional
digabungkan dengan plat bersalutkan seramik nano-diamond yang ultra
licin memberi anda rambut lurus, sempurna yang tahan lama. Getaran
sonik mengembangkan rambut dengan rata, memberikan anda rambut
yang lurus dengan lebih cepat lagi dan peluncuran yang sempurna. Suhu
boleh laras membolehkan anda memperibadikan pelurus supaya
memperoleh hasil yang optimum agar padan dengan jenis rambut anda.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Plat bersalut seramik Nano-Diamond
B Paparan LCD Digital dengan tetapan suhu, penunjuk ‘SEDIA’ dan
penunjuk ‘SONIK’
C Butang + untuk meningkatkan tetapan suhu
D Butang - untuk mengurangkan tetapan suhu
E Butang hidup/mati getaran sonik
F Butang hidup/mati
G Gelung gantungan
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya berdekatan atau di atas
air yang bertakung di dalam tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila
digunakan di dalam bilik air, cabut plag perkakas selepas digunakan. Air
yang berdekatan merupakan risiko biar pun perkakas sudah dimatikan.
BAHASA MELAYU










