operation manual

Pendahuluan
Akua ikal Philips Satin baru ini telah direka bentuk khusus untuk
menghasilkan gaya yang menawan dengan pantas dan mudah. Fungsi
wapnya membolehkan anda membuat ikal atau keriting yang sihat dan
bersinar pada bila-bila masa.
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpankannya sebagai rujukan masa depan.
Periksa sama ada voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur tempatan sebelum anda menyambungkan
perkakas.
Periksa keadaan kord sesalur dengan kerap. Jangan gunakan
perkakas jika plag, kord atau perkakas itu sendiri rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, atau pusat
servis yang disahkan oleh Philips, atau orang dengan kelayakan
seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Jauhkan peralatan ini dari air! Jangan gunakan produk ini
berhampiran atau di atas air yang bertakung dalam tab mandi,
besin air, sinki dsb. Jika anda menggunakannya di dalam bilik air,
cabut peralatan selepas digunakan, kerana adanya air berdekatan
mendatangkan risiko.
Sebagai perlindungan tambahan lebih baik untuk melindungi litar
elektrik yang membekalkan bilik mandi dengan suis penutup litar
elektrik yang menghentikan arus lebih dari 30 mA. Menanyai
nasihat pemasang.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
Gunakan perkakas hanya pada rambut yang kering atau lembap.
Laras berus menjadi panas semasa digunakan. Elakkan terkena
pada kulit.
Jika peralatan terjatuh ke dalam air, cabutnya serta-merta dan
jangan sekali-kali digunakan lagi.
Tunggu sehingga perkakas sejuk sebelum menyimpannya.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas menggunakannya.
Jangan lilitkan kord sesalur di sekeliling perkakas.
BAHASA MELAYU10