operation manual

3 Mulakan penggayaan apabila titik sedia pada laras bertukar warna.
4 Ambil satu gumpalan rambut dan lilitkannya pada berus. Pastikan
hujung rambut dililit mengikut arah yang diperlukan (gamb. 9).
5 Biarkan berus bulat berada di dalam rambut selama sekurang-
kurangnya 15 saat (gamb. 10).
6 Keluarkan berus dari rambut dengan melepaskan lilitan rambut
(gamb. 11).
Pembersihan
Sentiasa cabutkan plag peralatan sebelum membersihkannya.
Letakkan peralatan di tempat yang selamat dan biarkan ia sejuk
sebelum anda mula membersihkannya.
Bersihkan peralatan dengan berus kecil atau kain kering.
Penstoran
Sentiasa cabut plag peralatan sebelum menyimpan peralatan.
Simpan peralatan di tempat yang selamat dan biarkan ia menyejuk
(gamb. 11).
Jangan lilit kord utama mengelilingi peralatan.
Jaminan & perkhidmatan
Jika anda memerlukan maklumat atau jika anda mempunyai masalah, sila
lawati laman Web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat
Khidmat Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh dapatkan nombor
telefonnya dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada pusat khidmat
pelanggan di negara anda, rujuk kepada pengurus tempatan Philips atau
hubungi Jabatan Servis Peralatan Domestik Philips dan Penjagaan
Peribadi BV.
BAHASA MELAYU 13