operation manual

B
Lebih sedikit rambut itu, lebih kukuh keritingnya. Dengan cara ini
seluruh panjang rambut akan mengenai laras yang panas.
4 Lepaskan tuil (gamb. 3).
5 Luncurkan laras ke hujung rambut (gamb. 4).
6 Lilitkan rambut disekeliling laras. Pastikan hujung rambut terlilit
mengikut arah yang dikehendaki (gamb. 5).
7 Biarkan pengikal keriting pada rambut selama lebih kurang 15 saat
(gamb. 6).
8 Lepaskan lilitan rambut sehingga klip boleh dibuka semula dengan
menggunakan tuil (gamb. 7).
9 Anda boleh menyikat keriting dengan jari anda untuk
mengembangkannya.
Mendandan dengan berus bulat (HP4607 sahaja)
Berus bulat boleh digunakan untuk mencipta ikal dan untuk
mengembangkan rambut anda.
Jauhkan berus daripada tersangkut pada rambut dengan cara berikut:
- Jangan himpunkan terlalu banyak rambut dalam satu gumpalan.
- Jangan lilitkan rambut lebih daripada dua kali di sekeliling berus.
- Apabila melepaskan rambut, pastikan anda memegang berus jauh
dari rambut dibawahnya.
1 Luncurkan berus bulat ke atas peralatan (gamb. 8).
Berhati-hati! Jika anda baru sahaja menggunakan pengikal keriting,
larasnya mungkin masih panas.
2 Pasang plag utama ke soket dinding.
Lampu panduan menyala dan laras mula menjadi panas.
Lampu panduan akan tetap menyala selagi peralatan tersambung pada
soket dinding.
Peralatan sedia untuk digunakan setelah lebih-kurang 15 minit.
BAHASA MELAYU12