operation manual

Untuk perlindungan tambahan, kami nasihatkan anda memasang
peranti penguji arus baki (RCD) dengan kadar arus pengoperasian
baki terkadar tidak melebihi 30mA di dalam litar elektrik yang
membekalkan kuasa ke bilik air. Mintalah nasihat pemasang anda.
Batangnya menjadi panas semasa digunakan. Jauhkan daripada
tersentuh pada kulit.
Jauhkan kord sesalur utama daripada tersentuh pada bahagian
panas peralatan.
Jauhkan alat daripada kanak-kanak.
Gunakan peralatan hanya pada rambut kering.
Sentiasa cabutkan plag peralatan setelah menggunakannya.
Biarkan peralatan sejuk dahulu sebelum menyimpannya.
Jangan lilit kord utama mengelilingi peralatan.
Sentiasa pulangkan peralatan kepada pusat perkhidmatan yang
diluluskan oleh Philips untuk pemeriksaan atau pembaikian.
Pembaikian oleh orang yang tidak mahir boleh menyebabkan
situasi yang sangat bahaya kepada pengguna.
Menggunakan peralatan
Sebelum anda mulakan penggayaan, sikat atau berus rambut anda
supaya ia tidak kusut dan licin.
Mendandan menggunakan pengikal keriting.
Pengikal keriting boleh digunakan untuk mencipta keriting yang mantap
dan membulat dengan cepat dan mudah.
1 Pasangkan palam di soket dinding.
Lampu panduan akan menyala dan laras akan mula panas.
Lampu panduan akan terus menyala selagi peralatan tersambung pada
soket dinding.
Setelah lebih kurang 15 minit, peralatan sedia untuk digunakan.
2 Mulakan penggayaan apabila titik sedia pada laras bertukar warna.
3 Ambil segumpal rambut, buka klip dengan menekan tuil dan
letakkan gumpalan rambut antara laras dan klip (gamb. 2).
BAHASA MELAYU 11