User manual



Penuras melindungi dari terdedah kepada cahaya yang tidak diingini.
Jika penuras rosak atau pecah, jangan gunakan perkakas lagi. Hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan
Philips untuk mendapatkan maklumat.
Nota: Jika penuras pecah atau rosak dalam tempoh jaminan, hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan supaya
perkakas diganti.

Keberkesanan lampu tidak berkurang mengikut masa yang berlalu.
Jangan cuba gantikan lampu jika lampu berhenti berfungsi. Hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan
untuk mendapatkan maklumat.
Nota: Jika lampu berhenti berfungsi dalam tempoh jaminan, jangan cuba menggantinya sendiri, tetapi
hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan supaya perkakas digantikan.

- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 14).

Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda mengalami masalah, sila lawati
tapak web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan.

Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda hadapi dengan perkakas
ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya menggunakan maklumat di bawah, sila hubungi Pusat
Penjagaan Pelanggan di negara anda.
Masalah Kemungkinan punca Penyelesaian
Perkakas tidak
hidup.
Plag
tidak dimasukkan dengan
betul ke dalam soket
dinding.
Pasangkan plag ke dalam soket dinding dengan
betul.
Bekalan elektrik terputus. Sambung perkakas lain untuk memeriksa sama
ada bekalan kuasa berfungsi.
Lampu itu rosak. Hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips.
Kord sesalur rosak. Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh
Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan
bahaya.
 41