User Guide

9Bahasa Melayu
Termometer Makanan
Airfryer anda dilengkapi dengan termometer makanan
yang boleh digunakan untuk memasak makanan anda
kepada tahap kemasakan yang diingini.
Letakkan satu penghujung termometer makanan kepada
makanan dan hujung yang satu lagi kepada soket
termometer makanan (lihat bab “termometer makanan”).
Anda boleh menggunakan termometer makanan dalam
mod memasak “Termometer makanan dan dalam
Program Automasak”.
Masa memasak
Dalam mod memasak Memasak secara manual, anda boleh menetapkan
masa memasak dari 1 minit hingga 180 minit.
Dalam mod memasak Program automasak, anda tidak perlu menetapkan
masa memasak kerana program Automasak akan memasak makanan anda
berdasarkan saiz bahagian atau tahap kemasakan yang anda ingini.
Dalam mod memasak Termometer makanan, anda tidak perlu menetapkan
masa memasak kerana pemasakan akan selesai secara automatik sebaik sahaja
suhu yang ditetapkan pada termometer makanan dicapai.
Suhu memasak
Dalam mod memasak Memasak secara manual dan
Termometer makanan anda boleh menetapkan suhu memasak dari 40°C
hingga 200°C.
Dalam mod memasak Program automasak, anda tidak perlu menetapkan
suhu memasak kerana suhu memasak ditetapkan secara automatik.
Suhu teras
Dalam mod memasak Termometer makanan, anda boleh menetapkan suhu
teras makanan. Suhu di bahagian tengah makanan akan mencapai suhu teras
yang ditetapkan pada penghujung proses memasak.
Nota
Suhu teras tidak sama dengan suhu memasak.