User Guide

4 Bahasa Melayu
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa pengawasan.
Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau perkakas lain. Tinggalkan ruang
sekurang-kurangnya 10cm di bahagian belakang, di kedua-dua sisi dan di atas
perkakas. Jangan letak apa jua item di atas perkakas.
Semasa menggoreng dengan udara panas, stim panas akan dilepaskan melalui
bukaan salur keluar udara. Kekalkan tangan dan muka anda pada jarak yang
selamat dari stim dan dari bukaan saluran keluar udara. Juga, berhati-hati
dengan stim dan udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada perkakas.
Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas pelapik di dalam perkakas.
Permukaan yang boleh dicapai mungkin menjadi panas semasa penggunaan.
Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah bersesuaian dengan jenis ubi
kentang yang disimpan dan suhu haruslah 6°C ke atas untuk meminumkan
risiko dedahan akrilamida dalam bahan makanan yang disediakan.
Jangan isikan kuali dengan minyak.
Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada suhu sekeliling antara 5°C
hingga 40°C.
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur tempatan anda.
Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan bahan yang mudah terbakar
seperti alas meja atau langsir.
Jangan gunakan perkakas untuk apa-apa jua tujuan lain selain yang
diterangkan dalam manual pengguna ini dan gunakan aksesori Philips yang
asli sahaja.
Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
Kuali, bakul dan aksesori menjadi panas semasa dan selepas penggunaan
perkakas, sentiasa kendalikan secara berhati-hati.
Bersihkan bahagian yang akan bersentuhan dengan makanan sebersih-
bersihnya sebelum anda menggunakan perkakas buat pertama kali. Rujuk
arahan dalam manual.
Awas
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan biasa di rumah sahaja.
Perkakas tidak dimaksudkan untuk digunakan dalam persekitaran seperti
dapur kakitangan di kedai, pejabat, ladang atau persekitaran kerja yang lain.
Perkakas juga tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh klien di hotel, motel,
inap sarapan dan persekitaran kediaman lain.