User Guide
Table Of Contents
- Penting
- Mengitar semula
- Jaminan dan Sokongan
- Pengisytiharan Keakuran
- Kemas kini perisian dan perisian tegar
- Keserasian peranti
- Tetap semula kilang
- Pengenalan
- Gambaran Keseluruhan Umum
- Perihalan fungsi
- Sebelum penggunaan pertama
- Persediaan sebelum penggunaan pertama kali
- Penggunaan Airfryer
- Penggunaan termometer makanan
- Mod memasak
- Simpan panas
- Program saya
- Sejarah memasak
- Pembersihan
- Penyimpanan
- Menyelesaikan masalah
3Bahasa Melayu
Penting
Baca dokumen maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa hadapan.
Bahaya
• Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan dapur gas panas
atau semua jenis dapur elektrik dan plat masak elektrik atau ketuhar yang
panas.
• Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya di
bawah air paip.
• Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk ke dalam perkakas untuk
mengelakkan berlakunya kejutan elektrik.
• Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul untuk mengelakkannya
daripada tersentuh dengan elemen pemanasan.
• Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar udara semasa
perkakas beroperasi.
• Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan bahaya
kebakaran.
• Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau perkakas rosak.
• Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa operasi.
• Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan yang melebihi paras
maksimum yang dinyatakan dalam bakul.
• Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan tiada makanan yang tersekat di
dalam pemanas.
Amaran
• Jika kord sesalur rosak, kord mestilah digantikan oleh Philips, ejen servis atau
pihak yang berkelayakan yang serupa untuk mengelakkan bahaya.
• Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang dibumikan. Sentiasa
pastikan palam dimasukkan dengan rapi pada soket dinding.
• Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk dikendalikan menggunakan pemasa
luaran atau sistem kawalan jauh yang berasingan.
• Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi panas semasa penggunaan.
• Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.










