operation manual
33
BAHASA MELAYU
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Alas papan seterika
menjadi basah atau
terdapat titisan air
pada pakaian semasa
menyeterika.
Stim telah memeluwap pada
penutup papan seterika selepas sesi
penyeterikaan yang lama.
Gantikan alas papan seterika jika bahan busa
telah haus. Anda boleh meletakkan lapisan
tambahan bahan felt di bawah alas papan
seterika untuk mengelakkan pemeluwapan pada
papan seterika. Anda boleh membeli bahan felt
di kedai fabrik.
Anda mempunyai alas papan seterika
yang tidak direka bentuk untuk
menerima kadar stim yang tinggi dari
perkakas.
Letakkan lapisan tambahan bahan felt di bawah
penutup papan seterika untuk mengelakkan
pemeluwapan pada papan seterika. Anda boleh
membeli bahan felt di kedai fabrik.
Titisan air menitik
keluar dari plat tapak.
Stim yang masih ada di dalam hos
telah menyejuk dan memeluwap
menjadi air. Ini menyebabkan titisan
air menitik keluar dari plat tapak.
Gunakan perkakas jauh dari pakaian buat
beberapa saat.
Stim dan/atau air
keluar dari bawah
tombol EASY DE-CALC.
Tombol EASY DE-CALC tidak
diketatkan dengan betul.
Matikan perkakas dan biar perkakas menjadi
sejuk selama 2 jam. Buka skru tombol EASY DE-
CALC dan skrukan semula pada perkakas dengan
betul. Nota: Sedikit air mungkin keluar semasa
anda menanggalkan tombol.
Adang cincin getah EASY DE-CALC
telah haus.
Hubungi pusat servis Philips yang disahkan untuk
mendapatkan tombol EASY DE-CALC yang baru.
Air kotor dan kotoran
keluar dari plat tapak
atau plat tapak kotor.
Kotoran atau bahan kimia yang ada
di dalam air mungkin telah termasuk
di dalam bolong stim dan/atau plat
tapak.
Bersihkan plat tapak dengan kain lembap.
Terlalu banyak kerak dan galian telah
terkumpul di dalam perkakas.
Nyahkerak perkakas dengan kerap (lihat bab
‘Penting - MENYAHKERAK’).
Seterika meninggalkan
kilatan atau kesan
pada pakaian.
Permukaan yang hendak diseterika
tidak rata, contohnya ketika
menyeterika kelim atau lipatan pada
pakaian.
PerfectCare selamat pada semua jenis pakaian.
Kilatan atau kesan ini tidak kekal dan akan hilang
jika pakaian dicuci. Elakkan daripada menyeterika
kelim atau lipatan. Anda boleh meletakkan kain
kapas di atas kawasan yang hendak diseterika
untuk mengelakkan kesan pada kelim atau
lipatan.
Perkakas tidak
menghasilkan
sebarang stim.
Air di dalam tangki air tidak
mencukupi (lampu ‘tangki air kosong’
berkelip).
Isi tangki air (lihat bab ‘Menggunakan perkakas
anda’, bahagian ‘Mengisi tangki air’).
Perkakas tidak cukup panas untuk
menghasilkan stim.
Tunggu sehingga lampu ‘seterika sedia’ pada
seterika menyala secara berterusan.
Anda tidak menekan pencetus stim. Tekan pencetus stim dan tahan sambil anda
menyeterika.
Tangki air tidak diletakkan dalam
perkakas dengan betul.
Luncurkan kembali tangki air pada perkakas
dengan rapat (‘klik’).
Perkakas tidak dihidupkan. Masukkan plag ke dalam soket dinding dan
tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan
perkakas.