User Manual

Table Of Contents
32 



Lampu EASY DE-CALC akan berkelip dan perkakas akan mengeluarkan bunyi bip secara berterusan
selepas kira-kira sebulan atau 10 sesi penyeterikaan untuk menandakan bahawa perkakas perlu
dinyahkerak. Lakukan prosedur penyahkerakan sebelum menyambung semula penyeterikaan.


1 Cabut palam daripada soket dinding (Raj. 16).
2 Letakkan perkakas di bahagian tepi permukaan meja.
3 Pegang cawan (dengan kapasiti sekurang-kurangnya 350ml) di bawah tombol EASY DE-CALC
dan putar tombol melawan arah jam (Raj. 17).
4 Alihkan tombol EASY DE-CALC dan biarkan air bersama zarah-zarah halus mengalir ke dalam
cawan (Raj. 18).
5 
dan putar mengikut arah jam untuk mengetatkannya. (Rajah 19)

Jika anda tidak menggunakan fungsi EASY DE-CALC dengan kerap, zarah kerak akan terbentuk
dalam plat tapak dan kotoran perang akan keluar dari plat tapak semasa menyeterika. Dalam
keadaan ini, anda perlu membuang kerak plat tapak dengan mengikut prosedur di bawah. Kami
menasihatkan agar anda mengulangi prosedur ini dua kali untuk pembersihan plat tapak yang
lebih baik.
Untuk mengelakkan risiko kelecuran, tanggalkan plag perkakas dan biarkan perkakas menjadi sejuk
selama sekurang-kurangnya dua jam sebelum menyahkerak plat tapak.
1 Keluarkan plag dari soket dinding (Raj. 16).
2 Letakkan perkakas di tepi meja kerja.
3 Pastikan tangki air kosong.
4 Pegang cawan (dengan kapasiti sekurang-kurangnya 350ml) di bawah tombol EASY DE-CALC
dan putarkan tombol melawan arah jam (Raj. 17).
5 Tanggalkan tombol EASY DE-CALC dan biarkan air bersama-sama zarah kerak mengalir ke
dalam cawan (Raj. 18).
6 Pegang perkakas dalam kedudukan bukaan EASY DE-CALC menghadap ke atas dan tuangkan
900ml air suling ke dalam bukaan (Raj. 20).
Nota: Berhati-hati dengan berat perkakas apabila anda mencondongkannya.
7 Pastikan bukaan EASY DE-CALC menghadap ke atas, pasang semula tombol EASY DE-CALC dan
putarkan mengikut arah jam untuk mengetatkannya (Raj. 21).
8 Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil dan rata. Pasang plag perkakas dan
hidupkannya (Raj. 22).
9 Tunggu 5 minit untuk perkakas menjadi panas.
10 Pastikan picu stim ditekan secara berterusan apabila anda meluncurkan seterika pada kain tebal
selama 3 minit (Raj. 15).
Amaran: air panas yang kotor keluar dari plat tapak.
11 Berhenti meluncurkan seterika apabila tiada lagi air yang keluar atau apabila stim mula keluar.
12 Anda boleh menggunakan perkakas dengan serta-merta. Jika tidak, tanggalkan plag perkakas
selepas proses nyahkerak selesai.