User Guide
11
Menggunakan perkakas
Teknologi OptimalTEMP
Amaran: Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
Teknologi OptimalTEMP membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik boleh diseterika, dengan apa jua cara,
tanpa perlu melaraskan suhu seterika dan tanpa mengasingkan pakaian anda.
Adalah selamat untuk meletakkan plat tapak yang panas terus pada papan seterika (Raj. 6) tanpa meletakkan kembali ke
platform besi. Ini akan membantu mengurangkan tekanan pada pergelangan anda.
- Fabrik dengan simbol (Raj. 7) ini boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, wul, viskos dan rayon.
- Fabrik dengan simbol (Raj. 8) ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti Spandex atau
elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena). Cetakan pada pakaian juga tidak boleh
diseterika.
Penyeterikaan
1 Letakkan penjana stim di atas permukaan yang stabil dan rata.
Catatan: Untuk memastikan penyeterikaan selamat, kami syorkan anda sentiasa meletakkan tapak pada papan
seterika yang stabil.
2 Pastikan air di dalam tangki air (lihat 'Mengisi tangki air') mencukupi.
3 Masukkan palam sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan dan tekan butang hidup/mati untuk
menghidupkan penjana stim.Tunggu sehingga lampu 'seterika sedia' menyala berterusan (Raj. 9). Ini mengambil masa
lebih kurang 2 minit.
4 Tanggalkan hos bekalan daripada ruang penyimpanan hos.
5 Tekan butang pelepas kunci pembawa untuk melepaskan seterika dari platform (Raj. 10) seterika.
6 Tekan dan tahan pencetus stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 11).
7 Untuk hasil seterika terbaik, selepas menyeterika dengan stim, lakukan gosokan terakhir tanpa stim.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
Untuk stim yang lebih kuat, anda boleh menggunakan mod stim turbo.
1 Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 5 saat hingga lampu bertukar putih.
2 Perkakas kembali kepada mod stim normal secara automatik selepas 15 minit untuk menjimatkan tenaga.
3 Jika tidak, untuk kembali kepada mod stim normal pada bila-bila masa, tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2
saat sehingga lampu bertukar biru sekali lagi.
Fungsi galak stim
Gunakan fungsi pancutan stim untuk menghilangkan kedutan yang degil.
1 Tekan picu stim dua kali dengan cepat (Raj. 12).
Penyeterikaan secara menegak
Amaran: Stim panas dikeluarkan daripada seterika. Jangan sekali-kali menghilangkan kedut daripada pakaian
semasa seseorang memakainya (Raj. 13). Jangan gunakan stim berdekatan dengan tangan anda atau tangan orang
lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan kedut daripada baju yang
digantung.
1 Pegang seterika dalam posisi menegak, tekan picu stim dan sentuh pakaian dengan lembut pada plat tapak dan
gerakkan seterika atas dan bawah (Raj. 14).
Bahasa Melayu