User manual
Jaminan & Servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda
menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com
atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika
Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil
penjual Philips tempatan anda.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi
dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
maklumat di bawah, hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips di negara
anda.
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Penjana stim
menghasilkan bunyi
pengepaman.
Air dipam ke dalam dandang di dalam
penjana stim. Ini adalah biasa.
Jika bunyi pengepaman berterusan
tanpa henti, matikan penjana stim
dan tanggalkan plag daripada soket
dinding. Hubungi pusat servis Philips
yang disahkan.
Penjana stim tidak
mengeluarkan
sebarang stim.
Air di dalam tangki air tidak mencukupi. Isi tangki air.
Penjana stim tidak cukup panas untuk
menghasilkan stim.
Tunggu sehingga lampu ‘seterika
sedia’ pada seterika menyala
berterusan.
Anda tidak menekan pencetus stim. Tekan pencetus stim dan biarkan ia
ditekan semasa anda menyeterika
dengan stim.
Tangki air tidak diletakkan dengan betul di
dalam penjana stim.
Luncurkan kembali tangki air pada
penjana stim (‘klik’).
Perkakas tidak dihidupkan. Masukkan plag ke dalam soket
dinding dan tekan butang hidup/
mati untuk menghidupkan perkakas.
Penjana stim telah
mati.
Fungsi pematian auto diaktifkan secara
automatik apabila penjana stim telah tidak
digunakan selama lebih daripada 10 minit.
Tekan butang hidup/mati untuk
menghidupkan penjana stim sekali
lagi.
Lampu pada
butang hidup/mati
berkelip.
Fungsi pematian auto diaktifkan secara
automatik apabila penjana stim telah tidak
digunakan selama lebih daripada 10 minit.
Tekan butang hidup/mati untuk
menghidupkan penjana stim sekali
lagi.
Titisan air menitik
keluar dari plat
tapak.
Apabila anda mula penyeterikaan stim dan
apabila anda menyambung penyeterikaan
setelah sebarang gangguan, stim yang masih
berada dalam hos telah menjadi sejuk dan
memeluwap menjadi air. Ini menyebabkan
titisan air keluar daripada plat tapak.
Ini adalah perkara biasa. Pegang
seterika di atas kain buruk dan
tekan pencetus stim . Kain itu akan
menyerap titisan tersebut. Setelah
beberapa saat, stim dan bukan air
akan keluar daripada plat tapak.
BAHASA MELAYU40










