User manual

Pembersihan dan penyelenggaraan
Menyahkerak penjana stim dengan tombol EASY DE-CALC
Untuk mengelakkan mendapan kerak di dalam penjana stim dan
untuk memastikan prestasi menstim tahan lama, penjana stim ini
mempunyai lampu DE-CALC pada panel kawalan. Lampu ini berkelip
selepas kira-kira sebulan atau 10 sesi menyeterika. Apabila lampu ini
berkelip, lakukan prosedur menyahkerak dengan tombol EASY DE-CALC
dengan mengikut langkah-langkah di bawah.
Jangan sekali-kali mengeluarkan tombol EASY DE-CALC apabila penjana
stim adalah panas.
1 Tekan butang hidup/mati untuk mematikan penjana stim dan
keluarkan plag daripada soket dinding.
2 Biarkan penjana stim menyejuk selama 2 jam.
3 Letakkan penjana stim di atas meja yang stabil, dengan tombol EASY
DE-CALC di atas tepi meja.
Petua: Anda boleh juga membawa penjana stim ke sink dan meletakkannya
agar tombol EASY DE-CALC menghala ke sink.
4 Pegang cawan sebesar sekurang-kurangnya 350cc di bawah tombol
EASY DE-CALC untuk mengumpul air yang mengalir keluar.
5 Putar tombol EASY DE-CALC melawan arah jam untuk
menanggalkannya dan biarkan air dengan zarah kerak mengalir ke
dalam cawan itu.
Nota: Air mula mengalir keluar daripada penjana stim sebaik sahaja anda
memutar tombol EASY DE-CALC untuk menanggalkannya.
Nota: Penjana stim ini direka khas untuk mengeluarkan kerak bersama-sama
dengan air dengan mudah dan berkesan. Tidak perlu menggoncang atau
mencondongkan penjana stim.
6 Apabila tiada lagi air yang keluar daripada penjana stim, masukkan
kembali tombol EASY DE-SCALE dan putar mengikut arah jam untuk
mengetatkannya.
7 Letakkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan
dan tekan butang set semula DE-CALC untuk mengeset semula
fungsi EASY DE-CALC. Lampu DE-CALC akan terpadam.
Membersihkan plat tapak
Bersihkan plat tapak dengan berkala untuk mengeluarkan kesan kotor
daripada plat tapak.
1 Masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan
dan tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan penjana stim dan
biarkan ia memanas.
2 Selepas kira-kira 2 minit, tekan butang hidup/mati sekali lagi untuk
mematikan penjana stim dan mengeluarkan plag daripada soket
dinding.
BAHASA MELAYU38