User manual

Menggunakan perkakas
Teknologi Optimal Temp
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
Penjana stim ini dibekalkan dengan teknologi Optimal Temp yang
membolehkan anda menyeterika semua jenis fabrik boleh diseterika tanpa
melaraskan suhu atau tetapan stim seterika.
1 Fabrik dengan simbol ini boleh diseterika, seperti linen, kapas,
poliester, sutera, sakhlat, viskos, rayon.
2 Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk
fabrik sintetik seperti Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex
danpoliolen(sepertipolipropilena),tetapijugacorakpadapakaian.
Penyeterikaan stim
1 Letakkan penjana stim di atas permukaan yang stabil dan rata, cthnya
pada bahagian keras papan menyeterika atau di atas meja.
2 Pastikan terdapat cukup air di dalam tangki air (lihat bahagian ‘Mengisi
tangki air boleh ditanggalkan’).
3 Masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dibumikan dan
tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan penjana stim.
, Lampu ‘seterika sedia’ berkelip untuk menandakan bahawa penjana
stim sedang memanas.
, Apabila penjana stim sedia untuk digunakan, lampu ‘seterika sedia’
menyala berterusan.
4 Jenistertentusahaja:Tekanbutangpelepaskuncipembawauntuk
membuka kunci seterika daripada platform seterika.
BAHASA MELAYU36