User manual

- Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas,
semasa anda mengisi atau mengosongkan penjana stim dan juga
semasa anda meninggalkan seterika walaupun sebentar: kembalikan
seterika pada platform seterika, matikan perkakas dan cabut plag sesalur
daripada soket dinding.
- Tanggalkan kerak pada penjana stim dengan berkala menurut arahan
dalam bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
Bersedia untuk menggunakan
Mengisi tangki air boleh ditanggalkan
Jangan masukkan air panas, minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak,
bahan bantu penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
Nota: Jangan condongkan atau goncang penjana stim apabila tangki airnya
penuh, jika tidak, airnya mungkin tertumpah keluar daripada lubang isian.
Anda boleh menanggalkan tangki air dan mengisinya pada bila-bila masa
apabila ia sedang digunakan.
Isi tangki air sebelum mula menggunakannya dan sebaik sahaja lampu ‘tangki
air kosong berkelip.
1 Tanggalkan tangki air boleh tanggal dari penjana stim.
2 Isikan tangki air dengan air paip sehingga paras MAX.
Nota: Jika air paip di kawasan anda amat sadah, kami menasihatkan supaya
anda mencampurkannya dengan jumlah air suling yang sama banyak.
3 Luncurkan kembali tangki air pada penjana stim (‘klik’).
Nota: Jika tangki air tidak diletakkan dengan betul, seterika tidak akan
menghasilkan sebarang stim.
Lampu isi semula tangki air
Apabila tangki air hampir kosong, lampu ‘tangki air kosong’ hidup dan
penyeterikaan stim tidak dapat dilakukan lagi.
1 Keluarkan tangki air dan isi air ke dalamnya.
2 Letakkan kembali tangki air ke dalam penjana stim.
, Seterika kini sedia untuk penyeterikaan stim semula.
BAHASA MELAYU 35