User manual
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali menenggelamkan seterika atau penjana stim di dalam air.
Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditandakan di atas plat jenis sepadan dengan
voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, hos bekalan
atau perkakas itu sendiri menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika
perkakas telah terjatuh atau bocor.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips atau pihak yang berkelayakan serupa bagi
mengelakkan bahaya.
- Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan
sesalur kuasa.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun atau
lebih dan oleh orang-orang yang kurang keupayaan zikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diberi arahan dalam menggunakan perkakas ini dengan selamat atau
diberi pengawasan untuk menggunakannya dengan selamat dan jika
mereka telah dimaklumkan tentang bahaya yang ada.
- Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan perkakas ini.
- Pastikan perkakas dan kord sesalur utamanya jauh dari capaian kanak-
kanak berumur 8 tahun atau kurang semasa perkakas dihidupkan atau
sedang disejukkan.
- Kanak-kanak hanya dibenarkan untuk membersihkan perkakas dan
melakukan prosedur Calc-Clean di bawah pengawasan.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan
dengan plat tapak seterika yang panas.
- Jika stim atau titisan air panas terlepas dari bawah tombol EASY DE-
CALC apabila perkakas memanas, matikan perkakas dan ketatkan
tombol EASY DE-CALC. Jika stim masih terus terlepas apabila
perkakas memanas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang
disahkan oleh Philips.
- Jangan keluarkan tombol EASY DE-CALC daripada penjana stim
apabila penjana stim masih panas atau di bawah tekanan.
- Jangan gunakan sebarang tukup lain pada penjana stim selain daripada
tombol EASY DE-CALC yang dibekalkan bersama perkakas.
Awas
- Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
- Sentiasa letak dan gunakan seterika dan penjana stim pada permukaan
yang stabil, rata dan mendatar.
- Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa
kerosakan.
- Buka lilitan kord sesalur kuasa sepenuhnya sebelum anda masukkan plag
ke dalam soket dinding.
- Platform seterika dan plat tapak seterika boleh menjadi amat panas
dan boleh menyebabkan kelecuran jika tersentuh. Jika anda hendak
mengalihkan penjana stim, jangan sentuh platform seterika.
BAHASA MELAYU34










