operation manual

- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan dengan plat tapak seterika yang
panas.
- Jika stim keluar dari bawah tukup bilas Pembersihan Kerak semasa perkakas menjadi panas,
matikan perkakas dan ketatkan tukup bilas Pembersihan Kerak. Jika stim terus keluar semasa
perkakas menjadi panas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
- Jangan sekali-kali tanggalkan tukup bilas Pembersihan Kerak apabila tangki stim panas.
- Jangan gunakan tukup lain pada tangki stim selain daripada tukup bilas Pembersihan Kerak yang
telah dibekalkan bersama perkakas ini, kerana tukup ini juga berfungsi sebagai injap keselamatan.
Awas
- Jika perkakas disediakan dengan plag yang dibumikan, ia mesti dipasangkan ke dalam soket
dinding yang dibumikan.
- Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
- Sentiasa letak dan gunakan seterika dan tangki stim pada permukaan yang stabil, rata dan
mendatar.
- Tempat letak dan tapak plat seterika boleh menjadi amat panas dan boleh menyebabkan
kelecuran jika tersentuh. Jika anda hendak mengalihkan tangki stim, jangan sentuh tempat
letaknya.
- Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas dan juga apabila anda
membiarkan seterika walaupun sebentar: letakkan seterika pada alas letak seterika, matikan
perkakas dan cabutkan plag sesalur dari soket dinding.
- Bilas tangki stim dengan kerap menurut arahan dalam bab ‘Membersih dan menyelenggara’.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
Sebelum penggunaan pertama
1 Menanggalkanpelekatataukerajangpelindungdaritapakplatdanbersihkannyadengankain
lembut.
2 Bukakan dan luruskan kord sesalur dan hos bekalan sepenuhnya.
3 Letakkan tangki stim pada permukaan yang stabil dan rata.
4 Letakkan seterika pada dirian seterika.
Bersedia untuk menggunakannya
Isi tangki air sebelum menggunakannya
Nota: Anda boleh mengisi tangki air pada bila-bila masa, juga semasa digunakan (lihat bahagian ‘Mengisi
semula tangki air’).
Jangansekali-kalitenggelamkantangkistimdidalamair.Janganmasukkanminyakwangi,cuka,kanji,
agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
1 Bukatudungcorongisian.(Gamb.2)
2 Isikantangkiairdenganairpaipsejuksehinggaparasmaksimum(Gamb.3).
BAHASA MELAYU32