operation manual

31
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Sistem seterika bertekanan yang berkuasa menghasilkan stim tanpa henti, yang membantu anda
menyelesaikan tugas menyeterika dengan lebih cepat. Syukurlah dengan tangki airnya yang
besar bersama bukaan isian ekstra besar, anda kini boleh menyeterika tanpa gangguan dan mengisi
semula tangki air dengan segera apabila ia kosong.
Kami harap anda akan menikmati menggunakan sistem seterika ini.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Hos bekalan
B Pemegang sentuh lembut (GC7240 sahaja)
C Tombol suhu
D Lampu suhu
E Pengaktif & kunci stim
- E1 Pengaktif stim
- E2 Kunci stim
F Butang pancutan stim (GC7240 sahaja)
G Tapak plat
H Kunci penyimpanan selamat (GC7240 sahaja)
I Tudung corong isian
J Corong isian
K Dirian seterika
L Tangki air
M Tangki stim
N Suis hidup/mati (GC7320/GC7220 sahaja)
O Butang hidup/mati dengan lampu kuasa (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
P Lampu ‘tangki air kosong’ (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
Q Pemilih tetapan stim (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
R Lampu stim (GC7330/GC7240/GC7230 sahaja)
S Kord sesalur kuasa
T Tukup bilas Pembersihan Kerak
U Cangkuk penyimpanan kord
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali menenggelamkan seterika atau tangki stim di dalam air.
Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, hos bekalan atau perkakasnya sendiri
menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah terjatuh atau bocor.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan sekali-kali biarkan seterika tanpa diawasi pada bila-bila masa ia tersambung dengan punca
kuasa.
BAHASA MELAYU