User Guide
Table Of Contents
19
Bahasa Melayu
Pematian auto
- Perkakas ini akan beralih kepada mod siap sedia jika tidak digunakan selama 5 minit. Lampu butang
hidup/mati akan mula berkelip.
- Untuk mengaktifkan perkakas sekali lagi, tekan butang hidup/mati atau picu stim. Perkakas mula
menjadi panas sekali lagi.
- Perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama 10 minit lagi selepas beralih
kepada mod siap sedia. Lampu butang hidup/mati akan mati.
Amaran: Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila disambungkan pada sesalur kuasa. Cabut
plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk memastikan
pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini membantu mengekalkan prestasi
stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta kotoran keluar dari plat tapak dari masa ke masa. Untuk
memastikan proses pembersihan dilakukan, perkakas akan memberikan peringatan berkala.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak akan mula bernyala dan perkakas
akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu melakukan proses Pembersihan Kerak
(Raj. 13).
Selain itu, langkah keselamatan kedua untuk melindungi perkakas daripada kerak telah disepadukan: fungsi
stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak dilakukan (Raj. 14). Selepas penanggalan kerak
dilakukan, fungsi stim akan dipulihkan. Ini berlaku tanpa mengambil kira jenis air yang digunakan.
Nota: Proses Pembersihan Kerak boleh dilakukan pada bila-bila masa, walaupun peringatan bunyi dan
lampu belum diaktifkan lagi.
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak
Amaran: Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Lakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak sahaja. Jangan ganggu
proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana air panas dan stim akan
keluar dari plat tapak.
1 Isikan separuh tangki air.
Nota: Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN sewaktu proses Pembersihan
Kerak.
2 Letakkan bekas Pembersihan Kerak di papan seterika atau lain-lain permukaan yang stabil dan rata.
3 Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Pembersihan Kerak (Raj. 15).
4 Tekan dan tahan butang CALC-CLEAN selama 2 saat sehingga anda mendengar bunyi bip singkat (Raj.
16).
Nota: Bekas Pembersihan Kerak telah direka bentuk untuk mengumpulkan partikel kerak dan air panas
sewaktu proses Pembersihan Kerak. Anda boleh meletakkan seterika pada bekas ini sewaktu proses
tersebut kerana ini selamat.
5 Sewaktu proses Pembersihan Kerak, anda akan mendengar bunyi bip singkat dan bunyi pam (Raj. 17).
6 Tunggu lebih kurang 2 minit untuk perkakas melengkapkan proses tersebut (Raj. 18). Apabila proses
Pembersihan Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip dan lampu CALC-CLEAN akan berhenti
bernyala.
7 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Raj. 19).