User Guide

Table Of Contents
18
Bahasa Melayu
Menggunakan perkakas
Fabrik yang boleh diseterika
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 5) boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, wul, viskos dan
rayon.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 6) tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti Spandex
atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena). Cetakan pada pakaian
tidak boleh diseterika juga.
Penyeterikaan
1 Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil dan rata.
Nota: Untuk memastikan penyeterikaan yang selamat, kami mengesyorkan agar anda sentiasa
meletakkan tapak pada papan seterika yang stabil.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
3 Keluarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan air dari ruang penyimpanan.
4 Masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dibumikan dan tekan butang hidup/mati untuk
menghidupkan penjana stim. Tunggu sehingga lampu ‘seterika sedia’ menyala berterusan (Raj. 7). Ini
mengambil masa lebih kurang 2 minit.
5 Untuk siri GC6819, GC6820 dan GC6830 sahaja: tekan butang pelepas kunci pembawa untuk membuka
kunci seterika pada platform seterika (Raj. 8).
6 Tekan dan tahan picu stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 9).
Nota: Untuk hasil penyeterikaan terbaik, selepas menyeterika menggunakan stim, teruskan menyeterika
tanpa stim untuk beberapa kali.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
Nota: Apabila anda menggunakan perkakas ini buat kali pertama, perkakas akan mungkin mengambai
masa selama 30 saat untuk mengeluarkan stim.
Nota: Pam akan diaktifkan setiap kali anda menekan picu stim. Anda akan mendengar bunyi berdetar
yang perlahan, ini perkara biasa. Apabila tiada air di dalam tangki air, bunyi pam akan menjadi lebih
kuat. Isi tangki air apabila aras air di dalam tangki jatuh di bawah aras minimum.
Fungsi penggalak stim
1 Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengeluarkan pancutan stim yang kuat selama 3 saat (Raj.
10).
Nota: Anda disyorkan agar menggunakan fungsi penggalak stim untuk kedutan degil sahaja.
Penyeterikaan menegak
Amaran: Stim panas akan keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan baju yang
sedang dipakai (Raj. 11). Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda atau orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menghilangkan kedutan baju yang
digantung.
1 Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat tapak pada pakaian
dengan lembut sambil menggerakkannya ke atas dan bawah (Raj. 12).
Peletakan selamat
Meletakkan seterika pada tumitnya semasa anda meletakkan semula pakaian
Semasa meletakkan semula pakaian, anda boleh meletakkan seterika sama ada pada platform seterika atau
secara mendatar pada papan seterika (Raj. 2). Teknologi OptimalTEMP memastikan plat tapak tidak akan
merosakkan alas papan seterika.