User Guide

20
Fungsi penggalak stim
1 Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengeluarkan pancutan stim yang kuat selama 3 saat
(Raj. 10).
Nota: Anda disyorkan agar menggunakan fungsi penggalak stim untuk kedutan degil sahaja.
Penyeterikaan menegak
Amaran: Stim panas akan keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan
baju yang sedang dipakai (Raj. 11). Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda atau
orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menghilangkan kedutan baju
yang digantung.
1 Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat tapak pada
pakaian dengan lembut sambil menggerakkannya ke atas dan bawah (Raj. 12).
Peletakan selamat
Meletakkan seterika pada tumitnya semasa anda meletakkan semula pakaian
Semasa meletakkan semula pakaian, anda boleh meletakkan seterika sama ada pada platform
seterika atau secara mendatar pada papan seterika (Raj. 2). Teknologi OptimalTEMP memastikan plat
tapak tidak akan merosakkan alas papan seterika.
Pematian auto
- Perkakas ini akan beralih kepada mod siap sedia jika tidak digunakan selama 5 minit. Lampu
butang hidup/mati akan mula berkelip.
- Untuk mengaktifkan perkakas sekali lagi, tekan butang hidup/mati atau picu stim. Perkakas mula
menjadi panas sekali lagi.
- Perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama 10 minit lagi selepas beralih
kepada mod siap sedia. Lampu butang hidup/mati akan mati.
Amaran: Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila disambungkan pada sesalur
kuasa. Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk memastikan
pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini membantu mengekalkan prestasi
stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta kotoran keluar dari plat tapak dari masa ke masa. Untuk
memastikan proses pembersihan dilakukan, perkakas akan memberikan peringatan berkala.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak akan mula bernyala dan
perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu melakukan proses
Pembersihan Kerak (Raj. 13).
Selain itu, langkah keselamatan kedua untuk melindungi perkakas daripada kerak telah disepadukan:
fungsi stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak dilakukan (Raj. 14). Selepas penanggalan
Bahasa Melayu