User Guide
18
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk (Raj. 1)
1 Plat tapak
2 Lampu ‘seterika sedia’
3 Picu stim/Penggalak stim
4 Hos bekalan air
5 Penutup isian tangki air
6 Butang pelepas kunci pembawa (siri GC6819, GC6820 dan GC6830 sahaja)
7 Platform seterika
8 Butang hidup/mati dengan lampu kuasa hidup dan mati
9 Butang CALC-CLEAN dengan lampu
10 Kord sesalur kuasa dengan plag
11 Ruang penyimpanan hos bekalan air dan kord sesalur kuasa
12 Bekas Sistem Pembersihan Kerak
Teknologi eksklusif daripada Philips
Teknologi OptimalTEMP
Teknologi OptimalTEMP membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik yang boleh diseterika,
dengan apa jua cara, tanpa perlu melaraskan suhu atau tetapan stim.
Selamat untuk meletakkan plat tapak yang panas pada papan seterika (Raj. 2) dan bukan pada
platform seterika. Ini dapat membantu anda mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan.
Seterika ini telah diluluskan oleh syarikat The Woolmark
Company Pty Ltd untuk menyeterika produk wul tulen dengan
syarat pakaian itu diseterika mengikut panduan pada label
pakaian dan yang telah dikeluarkan oleh pengeluar seterika
ini. R1701. Simbol Woolmark merupakan tanda pensijilan di
kebanyakan negara.
Teknologi ProVelocity yang padat
Teknologi ini menyalurkan stim berterusan yang menembusi jauh ke dalam baju untuk menghilangkan
kedutan dengan mudah. Pada masa yang sama, teknologi ini memastikan perkakas lebih padat dan
ringan berbanding dengan penjana stim tradisional untuk penyimpanan yang mudah.
Bersedia untuk menggunakan
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda tinggal di
kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin akan berlaku. Oleh sebab
itu, anda disyorkan untuk menggunakan air suling atau air tanpa mineral untuk memanjangkan hayat
perkakas.