User Guide
Table Of Contents
22
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Seterika meninggalkan
kilatan atau kesan pada
pakaian.
Permukaan yang hendak diseterika
tidak rata, contohnya ketika
menyeterika di atas kelim atau
lipatan pada pakaian.
PerfectCare selamat pada semua jenis pakaian.
Kilatan atau kesan ini tidak kekal dan akan
hilang setelah pakaian dibasuh. Elakkan
daripada menyeterika di atas kelim atau lipatan.
Anda boleh meletakkan kain kapas di atas
kawasan tersebut supaya tiada kesan.
Felt pada alas papan seterika tidak
mencukupi.
Letakkan lapisan tambahan bahan felt di bawah
alas papan seterika.
Alas papan seterika menjadi
basah atau terdapat titisan air
pada lantai/pakaian.
Stim telah memeluwap pada
alas papan seterika selepas sesi
penyeterikaan yang lama.
Ganti alas papan seterika jika bahan busa
atau bahan felt telah haus. Anda boleh
meletakkan lapisan tambahan bahan felt di
bawah alas papan seterika untuk mengelakkan
pemeluwapan pada papan seterika.
Anda menggunakan papan seterika
yang tidak direka bentuk untuk
menerima kadar stim yang tinggi
dari perkakas.
Letakkan lapisan tambahan bahan felt di
bawah alas papan seterika untuk mengelakkan
pemeluwapan pada papan seterika.
Bahasa Melayu