User Guide
Table Of Contents
20
Bahasa Melayu
5 Sewaktu proses Pembersihan Kerak, anda akan mendengar bunyi bip singkat dan bunyi pam (Raj. 17).
6 Tunggu lebih kurang 2 minit untuk perkakas melengkapkan proses tersebut (Raj. 18). Apabila proses
Pembersihan Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip dan lampu CALC-CLEAN akan berhenti bernyala.
7 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Raj. 19).
Awas: Seterika panas.
8 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu kira-kira 5 minit
sebelum anda menyentuhnya. Kemudian, bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki, kosongkannya dan simpan untuk
penggunaan masa hadapan (Raj. 20).
9 Jika perlu, anda boleh mengulangi langkah 1 hingga 8. Pastikan anda mengosongkan bekas Pembersihan Kerak
sebelum memulakan proses Pembersihan Kerak.
Nota: Sewaktu proses Pembersihan Kerak, air yang bersih mungkin keluar dari plat tapak jika tiada kerak yang
terkumpul di dalam seterika. Ini perkara biasa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melakukan proses Pembersihan Kerak, rujuk video dalam pautan ini:
http://www.philips.com/descaling-iron.
Membersihkan plat tapak
Untuk menyelenggarakan perkakas anda dengan betul, bersihkan perkakas dengan kerap.
1 Bersihkan perkakas dengan kain lembap.
2 Untuk menghilangkan kotoran dengan mudah dan berkesan, biarkan plat tapak menjadi panas dan gerakkan seterika
pada kain lembap (Raj. 21).
Petua: Bersihkan plat tapak dengan kerap untuk memastikan peluncuran yang licin.
Penyimpanan
1 Matikan perkakas dan cabut plagnya.
2 Tuangkan air keluar dari tangki air ke dalam sink (Raj. 22).
3 Lipat kord sesalur kuasa dan hos bekalan air bersama-sama. Simpan di dalam ruang penyimpanan (Raj. 23).
4 Untuk siri GC6819, GC6820 dan GC6830 sahaja: tekan butang pelepas kunci pembawa untuk mengunci seterika pada
platform seterika (Raj. 24). Anda boleh membawa seterika menggunakan pemegang seterika apabila dikunci pada
platform seterika (Raj. 25).
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi dengan perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan
masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau
hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Seterika tidak menghasilkan
stim.
Air di dalam tangki air tidak
mencukupi.
Isi tangki air melebihi penunjuk MIN. Tekan dan
tahan picu stim sehingga stim keluar. Perkakas
akan mungkin mengambil masa selama 30 saat
untuk mengeluarkan stim.
Anda tidak menekan picu stim. Tekan dan tahan picu stim sehingga stim keluar.
Fungsi stim telah dinyahdayakan
sehingga anda melakukan proses
Pembersihan Kerak.
Lakukan proses Pembersihan Kerak untuk
memulihkan fungsi stim. (lihat bab ‘Pembersihan
dan penyelenggaraan’)
Pada permulaan sesi penyeterikaan
anda, picu stim tidak ditekan
dengan cukup lama.
Tekan dan tahan picu stim sehingga stim keluar.
Perkakas akan mungkin mengambil masa
selama 30 saat untuk mengeluarkan stim.