User Guide

Table Of Contents
18
Bahasa Melayu
Menggunakan perkakas
Fabrik yang boleh diseterika
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 5) boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, wul, viskos dan rayon.
- Fabrik dengan simbol ini (Raj. 6) tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti Spandex atau
elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena). Cetakan pada pakaian tidak boleh diseterika
juga.
Penyeterikaan
1 Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil dan rata.
Nota: Untuk memastikan penyeterikaan yang selamat, kami mengesyorkan agar anda sentiasa meletakkan tapak pada
papan seterika yang stabil.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
3 Keluarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan air dari ruang penyimpanan.
4 Masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dibumikan dan tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan
penjana stim. Tunggu sehingga lampu ‘seterika sedia’ menyala berterusan (Raj. 7). Ini mengambil masa lebih kurang
2 minit.
5 Untuk siri GC6819, GC6820 dan GC6830 sahaja: tekan butang pelepas kunci pembawa untuk membuka kunci seterika
pada platform seterika (Raj. 8).
6 Tekan dan tahan picu stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 9).
Nota: Untuk hasil penyeterikaan terbaik, selepas menyeterika menggunakan stim, teruskan menyeterika tanpa stim
untuk beberapa kali.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
Nota: Apabila anda menggunakan perkakas ini buat kali pertama, perkakas akan mungkin mengambai masa selama
30 saat untuk mengeluarkan stim.
Nota: Pam akan diaktifkan setiap kali anda menekan picu stim. Anda akan mendengar bunyi berdetar yang perlahan,
ini perkara biasa. Apabila tiada air di dalam tangki air, bunyi pam akan menjadi lebih kuat. Isi tangki air apabila aras air
di dalam tangki jatuh di bawah aras minimum.
Fungsi penggalak stim
1 Tekan picu stim dua kali dengan cepat untuk mengeluarkan pancutan stim yang kuat selama 3 saat (Raj. 10).
Nota: Anda disyorkan agar menggunakan fungsi penggalak stim untuk kedutan degil sahaja.
Penyeterikaan menegak
Amaran: Stim panas akan keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan baju yang sedang dipakai
(Raj. 11). Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda atau orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menghilangkan kedutan baju yang digantung.
1 Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat tapak pada pakaian dengan lembut
sambil menggerakkannya ke atas dan bawah (Raj. 12).