User Guide

Table Of Contents
17
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk (Raj. 1)
1 Plat tapak
2 Lampu ‘seterika sedia’
3 Picu stim/Penggalak stim
4 Hos bekalan air
5 Penutup isian tangki air
6 Butang pelepas kunci pembawa (siri GC6819, GC6820 dan GC6830 sahaja)
7 Platform seterika
8 Butang hidup/mati dengan lampu kuasa hidup dan mati
9 Butang CALC-CLEAN dengan lampu
10 Kord sesalur kuasa dengan plag
11 Ruang penyimpanan hos bekalan air dan kord sesalur kuasa
12 Bekas Sistem Pembersihan Kerak
Teknologi eksklusif daripada Philips
Teknologi OptimalTEMP
Teknologi OptimalTEMP membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik yang boleh diseterika,
dengan apa jua cara, tanpa perlu melaraskan suhu atau tetapan stim.
Selamat untuk meletakkan plat tapak yang panas pada papan seterika (Raj. 2) dan bukan pada platform
seterika. Ini dapat membantu anda mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan.
Teknologi ProVelocity yang padat
Teknologi ini menyalurkan stim berterusan yang menembusi jauh ke dalam baju untuk menghilangkan
kedutan dengan mudah. Pada masa yang sama, teknologi ini memastikan perkakas lebih padat dan ringan
berbanding dengan penjana stim tradisional untuk penyimpanan yang mudah.
Bersedia untuk menggunakan
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda tinggal di kawasan
yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin akan berlaku. Oleh sebab itu, anda
disyorkan untuk menggunakan air suling atau air tanpa mineral untuk memanjangkan hayat perkakas.
Amaran: Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia atau bahan kimia
lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran berwarna perang atau kerosakan
pada perkakas anda.
Mengisi tangki air
Isi tangki air sebelum setiap penggunaan atau apabila aras air di dalam tangki jatuh di bawah aras
minimum. Anda boleh mengisi semula tangki air pada bila-bila masa semasa menyeterika.
1 Buka penutup isian tangki air (Raj. 3).
2 Isi tangki air sehingga penunjuk MAX (Raj. 4).
3 Tutup penutup isian tangki air (‘klik’).