User manual
18
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas pada bungkusan
dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas. Simpannya untuk rujukan masa depan.
Perihalan umum (Gamb. 3)
1 Corong isian tangki air
2 Kunci pembawa (jenis tertentu saja)
3 Lampu ‘seterika sedia’
4 Butang Pembersihan Kerak dengan lampu Pembersihan Kerak
5 Pencetus stim
6 Tombol suhu
7 Tumit
8 Hos bekalan
9 Suis hidup/mati
10 Kord sesalur kuasa
11 Plag sesalur kuasa
12 Ruang penyimpanan hos
13 Tangki air
14 Bekas Sistem Pembersihan Kerak
Menetapkan suhu
Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang betul.
Perkakas melaraskan stim secara automatik, bergantung pada suhu penyeterikaan yang ditetapkan.
Tetapan suhu Tetapan stim automatik Jenis fabrik
SINTESIS ke 1
Kain sintetik (contohnya asetat, akrilik,
nilon, viskos, poliamida, poliester)
dan sutera
2
Wul
3 ke LINEN
Kain kapas, linen
Jenis air yang disyorkan: air suling atau air yang dinyahgalian
Perkakas anda telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Jika anda tinggal di kawasan
dengan air keras, pembentukan karat yang cepat akan berlaku. Anda disyorkan untuk menggunakan
air suling atau air yang dinyahgalian untuk memanjangkan hayat perkakas anda.
Jangan tambah minyak wangi, air dari mesin pengering, cuka, air yang dirawat secara magnet
(misalnya, Aqua+), kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak
secara kimia atau bahan kimia lain kerana ia boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran
perang atau kerosakan pada perkakas anda.
BAHASA MELAYU