operation manual

1 Pastikan plag perkakas dipasang ke sesalur kuasa dan pastikan suis hidup/mati ditetapkan pada
‘I’ (Gamb. 4).
2 Tekan pencetus stim sehingga anda tidak lagi mendengar sebarang stim keluar dari
perkakas (Gamb. 5).
3 Untuk menyahtekan tangki stim, biarkan pencetus stim ditekan dan dengan perlahan-lahan
buka tukup tangki stim mengikut arah lawan jam.
Letak sehelai kain di atas tukup apabila anda telah membukanya. Pastikan tiada lagi stim yang
tertinggal dalam tangki stim.
4 Cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding dan tunggu lebih kurang 15 minit sehingga
perkakas menjadi sejuk.
5 Isi tangki stim seperti yang dijelaskan dalam bahagian ‘Mengisi tangki stim’ dan biarkan
perkakas menjadi panas lagi.

Sentiasa letak tangki stim pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar. Jangan letak tangki stim
pada bahagian lembut papan seterika.
1 Letakkan seterika pada dirian seterika.
Jangan letak seterika yang panas di atas hos bekalan atau di atas kord sesalur kuasa. Pastikan kord
tidak bersentuhan dengan plat tapak seterika yang panas.
2 Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang
sesuai (Gamb. 6).
Periksa label penjagaan pada kain untuk mengetahui suhu penyeterikaan yang diperlukan:

Simbol pada label
jagaan kain
cucian
Jenis kain Tetapan suhu Tetapan stim
(GC6540 sahaja)
B Kain sintetik (contohnya asetat, akrilik,
viskos, poliamida, poliester) dan sutera
1 -
C Wul 2 ECO
D Kain kapas, linen 3hingga
MAX
ECO hingga ;
Z Sila ambil perhatian bahawa Z pada
label bermaksud bahan berkenaan tidak
boleh diseterika.
- -
Jika anda tidak tahu jenis kain sesuatu pakaian itu diperbuat, tentukan suhu penyeterikaan yang betul
dengan menyeterika bahagian pakaian yang tidak kelihatan apabila anda memakainya.
Bahan sutera, wul dan sintetik: seterika di bahagian belakang kain tersebut untuk mencegah tompok-
tompok berkilau.
Mula menyeterika bahan yang memerlukan suhu penyeterikaan yang paling rendah, seperti pakaian
yang diperbuat dari gentian sintetik.
3 Pasangkan plag sesalur kuasa di dalam soket dinding terbumi dan tetapkan suis hidup/mati ke
‘I’.
, Tangki stim dan plat tapak mula menjadi panas.
32