operation manual


- Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
- Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
- Sentiasa letak dan gunakan seterika dan tangki stim pada permukaan yang stabil, rata dan
mendatar.
- Tempat letak dan tapak plat seterika boleh menjadi amat panas dan boleh menyebabkan
kelecuran jika tersentuh. Jika anda hendak mengalihkan tangki stim, jangan sentuh tempat
letaknya.
- Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas, semasa anda mengisi
atau mengosongkan tangki stim dan juga semasa anda membiarkan seterika walaupun sebentar:
letakkan seterika pada dirian seterika, tetapkan suis hidup/mati pada ‘O’ dan cabut plag sesalur
dari soket dinding.
- Bilas tangki stim dengan tetap menurut arahan dalam bab ‘Membersih dan menyelenggara’.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.

Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.

1 Menanggalkan pelekat atau kerajang pelindung dari plat tapak dan bersihkannya dengan kain
lembut.
2 Bukakan kord sesalur sepenuhnya.
3 Letakkan tangki stim pada permukaan yang stabil dan rata.
4 Letakkan seterika pada dirian seterika.


Jangan sekali-kali tenggelamkan tangki stim di dalam air.
Jangan buka tukup tangki stim semasa seterika dan tangki stim masih panas.
1 Tanggalkan plag sesalur kuasa dari soket dinding.
2 Buka skru tukup tangki stim dengan perlahan-lahan (Gamb. 2).
Anda akan terdengar suatu bunyi semasa anda menanggalkan tukupnya. Bunyi ini disebabkan oleh
vakum atau tekanan baki di dalam tangki air dan ia adalah perkara biasa.
3 Tuang air ke dalam tangki stim (maks. 800ml) (Gamb. 3).
Gunakan air paip untuk mengisi tangki.
Jika air paip di kawasan anda amat liat, kami menasihati anda untuk menggunakan 50% air suling dan
50% air paip.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain ke dalam tangki air.
4 Tutup rapat tukup tangki stim pada bukaan tangki stim.

Jika tangki stim menjadi kosong semasa menyeterika, ikut prosedur di bawah untuk segera mengisi
semula tangki stim.
 31