Manual



1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab ‘Bersedia untuk menggunakannya’).
Nota: Penyeterikaan stim hanya boleh dilakukan pada suhu penyeterikaan yang lebih tinggi (tetapan
suhu 2 hingga MAX.
3 Pasangkan plag sesalur kuasa di dalam soket dinding terbumi dan tetapkan suis hidup/mati ke
‘I’.
- Lampu kuasa hidup dalam suis hidup/mati dan lampu suhu pada seterika menyala untuk
menunjukkan bahawa tangki stim dan seterika mula memanas.
4 Jenis khusus sahaja: Pilih tetapan stim yang sesuai untuk suhu penyeterikaan yang
dipilih: (Gamb. 11)
- Pilih tetapan stim ECO untuk tetapan suhu 2.
- Pilih tetapan stim antara ECO dan ; untuk tetapan suhu 3 hingga MAX.
5 Tangki stim dan plat tapak mula menjadi panas.
- Permulaan sejuk: plat tapak mengambil masa kira-kira 2 minit untuk menjadi panas dan tangki
stim mengambil masa kira-kira 6 minit untuk menjadi panas.
- Pemanasan semula cepat: jika anda mengisi semula tangki stim semasa proses penyeterikaan, air
di dalam tangki stim mengambil masa kira-kira 6 minit untuk menjadi panas.
, Apabila seterika telah mencapai suhu yang ditetapkan, lampu suhu padam.
, Sebaik sahaja air dalam tangki stim sedia untuk penyeterikaan stim:
- GC6450/GC6440: lampu ‘stim sedia’ menyala (Gamb. 12).
Nota: Semasa menyeterika dengan stim, lampu ‘sedia stim’ padam dari masa ke masa. Ini menandakan
bahawa tangki stim sedang memanas ke suhu yang betul.
- GC6433/GC6430/GC6420/GC6410/GC6406/GC6405: lampu kuasa hidup dalam suis hidup/
mati terpadam.
6 Tekan pencetus stim dan biarkan ia ditekan semasa anda menyeterika dengan stim (Gamb. 9).
Nota: Jika anda tidak menggunakan fungsi stim buat beberapa waktu, stim yang ada dalam hos bekalan
telah memeluwap menjadi air. Apabila anda memulakan penyeterikaan stim semula, ini boleh
menyebabkan perkakas berdetus sedikit dan beberapa titisan air keluar dari tapak platnya.
Nota: Untuk mengelakkan titisan daripada jatuh ke atas pakaian anda, pegang seterika di atas kain
buruk dan tekan pengaktif stim sehingga penghasilan stim telah kembali biasa sebelum anda
memulakan penyeterikaan stim semula.

1 Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab ‘Bersedia untuk menggunakannya’).
2 Menyeterika tanpa menekan pencetus stim.
, Sedikit stim terlepas jika anda tertekan pencetus stim secara tidak sengaja semasa anda
menyeterika.
, Jika tangki stim kosong atau belum dipanaskan lagi, anda mendengar bunyi klik di dalam tangki
stim. Ini terjadi apabila injap stim terbuka dan ia tidak merbahaya langsung.
34