operation manual
BAHASA MELAYU
33
3 Buka penutup pengumpul Pelepas Kerak Pantas (Raj.2-4) dan tarik pengumpul (Raj.2-5).
4 Bersihkan pengumpul Pelepas Kerak Pantas menggunakan air (Raj. 2-6, Raj. 2-7).
5 Goncangkan perkakas dengan perlahan untuk mengeluarkan partikel kerak (Raj. 2-8).
6 Masukkan semula pengumpul Pelepas Kerak Pantas ke dalam perkakas (Raj. 2-10).
7 Tekan penutup (“klik”) untuk mengunci pengumpul (Raj. 2-11).
Pembersihan Kerak (jenis tertentu sahaja)
PENTING: Selepas menggunakan selama 1 hingga 3 bulan, lampu peringatan
Pembersihan Kerak akan mula berkelip untuk mengingatkan anda supaya
menggunakan fungsi Pembersihan Kerak (Raj. 3-1). Ini untuk membersihkan kerak pada
seterika anda dan memanjangkan hayat seterika.
Petua: Fungsi Pembersihan Kerak boleh digunakan pada bila-bila masa, walaupun
apabila lampu peringatan belum aktif. Jika air di kawasan anda sangat liat, gunakan
fungsi ini dengan lebih kerap.
1 Pastikan gelangsar stim ditetapkan kepada “stim dimatikan” (Raj. 3-2).
2 pastikan air di dalam tangki air mencukupi (lebih daripada 3/4). Jika air tidak
mencukupi, tanggalkan plag seterika, isikan air sehingga penunjuk MAX (Raj.3-3)
dan pasang plag seterika sekali lagi (Raj.3-4).
Jangan tuang cuka atau agen penanggal kerak yang lain ke dalam tangki air.
3 Tunggu seterika menjadi panas. Ini mengambil masa lebih kurang 2 minit (Raj.3-5).
Nota: Lampu peringatan Pembersihan Kerak dimatikan sewaktu seterika menjadi panas.
4 Tanggalkan plag seterika apabila lampu ‘seterika sedia’ berhenti berkelip (Raj. 3-7).
5 Pegang seterika atas singki. Tekan dan tahan butang pembersihan kerak dan
goncang seterika ke hadapan dan ke belakang sehingga semua air di dalam tangki
habis digunakan (Raj. 3-8).
Kerak dikumbah keluar, stim dan air yang mendidih juga keluar dari plat tapak.
Nota: Ulang proses 2 hingga 5 jika air yang keluar dari perkakas masih mengandungi
partikel kerak.
6 Pasangkan plag perkakas dan biarkan perkakas menjadi panas supaya plat tapak
menjadi kering. Ini mengambil masa lebih kurang 2 minit (Raj. 3-9).
7 Tanggalkan plag perkakas (Raj. 3-10). Gerakkan perkakas perlahan-lahan di atas
sehelai kain untuk menghilangkan sebarang kesan air pada plat tapaknya (Raj. 3-11).
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan
perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah,
lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.