operation manual
BAHASA MELAYU
32
Fabrik yang boleh diseterika
1 Semak sama ada pakaian boleh diseterika pada label pakaian (Raj. 1-5).
Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika. Cetakan pada pakaian tidak boleh
diseterika juga.
Seterika dengan stim ekstra
Tekan dan tahan picu galak stim untuk mendapatkan lebih banyak stim untuk
menghilangkan kedutan yang degil.
Pematian automatik
Fungsi pematian automatik akan mematikan seterika jika tidak digunakan selama 2 minit
jika dibiarkan secara mendatar atau 8 minit jika didirikan. Lampu ‘seterika sedia’ bernyala
untuk menandakan bahawa perkakas berada dalam mod pematian automatik.
Untuk menjadikan perkakas panas semula, angkat perkakas atau gerakkannya sedikit.
Lampu ‘seterika sedia’ akan berkelip dan perkakas akan mula menjadi panas.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melakukan proses pembersihan dan
penyelenggaraan, rujuk video dalam pautan ini: http://www.philips.com/descaling-iron.
Membersihkan plat tapak
1 Cabut plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Tuang baki air daripada tangki air.
3 Kesat kerak dan sisa lain pada plat tapak dengan kain yang lembap dan agen
pembersih (cecair) yang tidak melelas.
Nota: Untuk memastikan plat tapak licin,elakkan daripada tersentuh bahan logam
dengan kuat. Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, cuka atau bahan kimia
lain untuk membersihkah tapak plat.
Pelepas Kerak Pantas (jenis tertentu sahaja)
PENTING: Pelepas Kerak Pantas akan mengumpulkan kerak partikel sewaktu
penyeterikaan. Selepas menggunakan selama 1 hingga 3 bulan, lampu peringatan
Pembersihan Kerak akan mula berkelip untuk mengingatkan anda supaya
menggunakan fungsi Pelepas Kerak Pantas (Raj. 2-1). Ini untuk membersihkan kerak
yang terkumpul pada seterika anda dan memanjangkan hayat seterika. Apabila lampu
peringatan Pembersihan Kerak berkelip, seterika tidak akan menjadi panas.
Petua: Fungsi Pelepas Kerak Pantas boleh digunakan pada bila-bila masa, walaupun
apabila lampu peringatan belum aktif. Jika air di kawasan anda sangat liat, gunakan
fungsi ini dengan lebih kerap.
Jangan lakukan proses Pelepas Kerak Pantas apabila seterika masih panas. Jangan
tuangkan air ke dalam bukaan Pelepas Kerak Pantas.
1 Tanggalkan plag perkakas (Raj. 2-2) dan pastikan perkakas sejuk (Raj. 2-3).
2 Pegang perkakas dalam kedudukan menegak atas singki.